PROGRAM BARU! SERTAI KAMI (click)


Saturday, October 31, 2009

ARTWORK No 99: Liu Cheng Hua



Artist: Liu Cheng Hua
Tajuk: NO2
Saiz: 7.64 inci x 10.6 inci
Media: Grafik
Tahun : 2009

Penyataan Karya:
NO2 terdiri daripada No AIDS dan No HIV. Isu mengenai pesakit AIDS sanggup mati daripada tanggung aib disebabkan oleh diskriminasi sosial. Kajian rawatan antarabangsa Aids (ALTIS) mendapati 58 peratus penghidap HIV/Aids 'sangat bimbang' masyarakat mengetahui mereka adalah penghidap penyakit itu. Daripada jumlah itu, 85 peratus enggan mendapatkan rawatan kerana 'diskriminasi sosial dan keaiban' yang akan mereka hadapi. Keadaan ini katanya menjadi lebih sukar apabila jumlah kakitangan perubatan bagi merawat HIV/Aids masih lagi kurang. Selain itu stigma dan diskriminasi di kalangan kakitangan perubatan terhadap pesakit HIV/Aids masih wujud. Sebenarnya, pesakit yang menerima rawatan dapat menjalani kehidupan lebih baik berbanding mereka yang tidak menerima rawatan. Oleh itu, NO2 adalah menggalakkan supaya pesakit bersikap tabah dan sayang pada nyawa sendiri untuk mengambil langkah merawat penyakit yang merbahaya tersebut.

1 comment:

  1. Penyataan karya yang terbaik.Tahniah.
    Kita harus bersikap terbuka dan membantu mereka.Jangan memandang hina kerana mereka juga manusia.
    Di South Africa,pembantu rumah yg mengidap Aids tidak di diskriminasikan.Mereka masih berkerja dan dijaga baik oleh majikan-majikan.
    Kanak-kanak mengidap Aids pula diambil menjadi anak angkat untuk meringankan beban.
    Selamat Berjaya Malaysia dalam usaha menyedarkan masyarakat Malaysia mengenai Aids.

    ReplyDelete